Camping PMVSC dan Hiking Bukit Bongol, Kota Belud

As - Salam

 

Tarikh : 13-14 Mei 2017
Tempat : Polumpung Melangkap View Site Camp (PMVSC) & Hiking Bukit Bongol, Kg. Melangkap Kota Belud.

Aktiviti Bantingalz Hikers sebelum puasa ialah mendaki bukit sambil berkhemah dengan pemandangan cantik berlatarbelakngkan Gunung Kinabalu..

Hasil perbincangan akhirnya kami sepakat untuk memilih Kota Belud sebagai destinasi kami untuk kali ini. Apatah lagi, niat mahu berkhemah sambil BBQ memang sangat best.. ramai yang tidak sabar untuk sampai ke tempat nie, siap tempah baju team kaler merah lagi..


Hari Pertama (13hb Mei 2017)

Bertolak dari Politeknik Kota Kinabalu, Jalan Sulaman pada jam 10.10pg.. planning asal bertolak pada jam 9.00 pagi, tapi janji melayu punya pasal begitu laa..hahahaa

Perjalanan ke PMVSC Kg. Melangkap, Kota Belud terletak sejauh 64 km yang mengambil masa selama 1 jam 30 minit melalui jalan Kota Belud-Ranau. Kalau singgah Pekan KB pula, jaraknya sejauh 86 km yang mengambil masa selama 2 jam 20 minit.

Sebelum ke sana, pastikan perut telah diisi dan dinasihatkan untuk membawa bekal makanan dari rumah kerana tidak ada makanan yang halal sepanjang perjalanan dari Tamparuli ke Kota Belud. Memandangkan rasa excited mahu cepat sampai, kami tidak singgah ke mana-mana kerana ianya kali pertama kami ke sana jadi teruja mahu tengok tempat berkhemah.


 

Sesampai di Camping site, bayaran masuk adalah seperti berikut;

1. Dewasa rm3 / sehari @ rm6 / bermalam
2. Kanak2 12 thn ke atas rm2 / sehari @ rm4 / bermalam
3. Khemah utk 2 org rm10 / sehari @ 4 org rm20 / sehari @ 6 org rm30/ sehari
4. Khemah utk memasak (jika hujan / panas) rm10 / sehari
5. Khemah memasak (atap zink / khemah) rm15 / sehari termasuk peralatan memasak
6. BBQ rm10
7. Unggun api rm20
8. Pelampung ada untuk disewa ikut masa dan saiz pelampung (tidak ingat...hehehe..)
9. Tandas dan tempat persalinan ada disediakan di camping site..so, jangan ingat kena "membuang" di hutan pulak..hehe

Nie antara aktiviti kami pada hari pertama ;

 


 

 

 

Gambar selebihnya boleh tengok di page FB Bantingalz Hikers...besttt!! X larat mahu download pastu paste di Smartphone...


Hari Kedua (14hb Mei 2017)

Seawal 5.30 pagi kami sudah bersiap untuk mendaki Bukit Bongol yang terletak sejauh 10 km dari camping site..kena naik kereta untuk ke sana. Jangan pulak mahu cuba2 jalan kaki ke sana..hehehe..belum mendaki confirm penat...


 

 

Hikers termuda dalam team kami berjaya mendaki 11 nukit jugak...yeahhhh!! Tahniah A-piz..salute :)

 

Pendakian sebanyak 12 bukit dengan track yang jauhnya 12.4 km mengambil masa selama 2 jam. First time mendaki track yang jauh jadi tidak meletakkan apa-apa harapan, janji sampai ke atas. Tapi dek kerana, bukit ke-12 track agak licin dan curam sikit serta tiada pokok-pokok atau tali untuk pegang, saya jadi gayat... Sepanjang mendaki, bukit hanya dipenuhi lalang-lalang setinggi paras bahu.. bila nampak laluan yang kecil tu dari atas, saya terus gayat...menghairankan bukan? hehehe.. Apa lagi, sepanjang perjalanan turun, saya tidak berani mahu toleh kiri dan kanan..

Tapi, bila mahu turun bukit, saya tiada masalah dan hanya ambik masa selama 1 jam 25 minit ..siap boleh berlari-lari anak lagi turun bukit tahu!! Uiseeehhh...

Nahhh nie la wajahwajah mereka yang sampai ke bukit ke-12... saya sangat jelesss.. Saya tidak mahu post gambar nie ke FB or IG..bertuah lah  mereka yang membaca blog saya nie..

 

Ok!! Balik dari hiking, aktiviti paling ditunggu-tunggu adalah terjun sungai yang cetek tapi arusnya deras.. sejuk pulak tue. Tapi sebab excited, terjun seja laaa labuu..hahhaaa... Macam-macam gelagat masa mandi sungai nie. Kepenatan hiking hilang begitu sahaja. Yeaaahhhh!!

 

Selesai mandi manda, kami terus bersiap untuk pulang ke destinasi masing-masing. Lagipun keesokkan harinya anak-anak akan menghadapi peperiksaan pertengahan tahun, jadi kena balik awal supaya tidak rasa penat. Terutama sekali pemandu bertauliah yang sangat kepenatan mendaki 11 bukit tahu..tidur pun tidur-tidur ayam seja sebab rasab panas tidur dalam khemah dan hujan, takut air naik jadi 'bah'.. sebab kami pilih tempat yang betul-betul dekat dengan benteng sungai...hahahaa..padan muka kami..

Secara keseluruhannya, tahniah team hikerss yang super sporting..team PMVSC yang ramah mesra.. pengalaman yang sangat seronok sehingga lupa stress di pejabat.. Bila ada masa, saya sendiri pasti akan ke sana lagi untuk ber'camping bersama keluarga tersayang. Rasa tidak puas pulak ikut aktiviti kali nie.

Maaf la gambar tidak memuaskan.. belum expert lagi..hehehee..
Gambar lanjut boleh tengok di page FB 'Bantingalz Hikers' dan 'Polumpung Melangkap View Site Camp'..

Sekian sahaja untuk kali nie.. semoga anda mendapat sedikit sebanyak gambaran di PMVSC



Comments

Popular posts from this blog

KK OHH KK..BANJIR KILAT DI KK...

JANGAN AMBIL MUDAH PENJAGAAN KUKU